Sunday, 3 July 2016

Surah Al-Baqarah (139~141)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 139~140:
Ringkasan tafsir;
Orang Yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa agama mereka lebih baik dari agama Islam. Ayat ini mengandungi suruhan kepada Nabi Muhammad supaya mencela kaum Yahudi dan Nasrani, “adakah kamu mengajak kami bertengkar, membangkang dan menghujah tentang agama ynag Allah perintahkan supaya dianuti, adakah patut kamu nyatakan semua agama yang terdahulu adalah agama Yahudi atau Nasrani sedangkan kamu tahu bahawa kitab yang dibawa oleh nabi terdahulu adalah agama Islam, dan kamu telah sembunyi perkara yang benar.
.
Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 141:
Ringkasan tafsir;
Dari ayat 1.2.134 yang lepas dan diulang sekali dalam ayat ini. Ayat ini diulangi dan ditujukan kepada kaum Yahudi dan Nasrani yang mula telah berani mengajak orang Islam berhujah dan mereka mengemukakan alasan yang dusta dan bohong sedangkan mereka tahu. Mereka gagal berhujah, kerana Quran mempunyai kekuatan hujah yang terus menerus hidup dapat dipergunakan untuk semua masa.   


[Previous] [Next]
.

Sumber, 
Terjemahan (1.2.131~140);  
[GS] https://t.co/1b8uMtHMzS
Terjemahan (1.2.141~150);  
[GS] https://t.co/pBN8UoQD0i
Ulasan (1.2);  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/118354364745819519509/posts/FR3hJVZapN1



.

No comments:

Post a Comment