Monday 11 March 2019

Al-Imran Ayat 126

4.3.126 
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 126:
.

Ringkasan tafsir;

Tujuan Rasulullah menyebut tentang bantuan Malaikat turun dari langit ialah;

1. memberi kegembiraan didalah hati-hati Mukmin.
2. mententeramkan  jiwa Mukmin dari ketakutan.

 Oleh itu  Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah dan hendaklah patuh arahan yang diberikan oleh Rasulullah dalam perjuangan peperangan di medan perang.

Adapun peperangan badar telah mendapat kemenangan kepada Mukmin, ialah semua orang-orang Islam pada ketika itu berperang mengikut arahan yang teguh dari Rasulullah. (lihat ayat 4.3.127)

Tapi malangnya dalam peperangan Uhud akhirnya mendapat kekalahan, kerana sebahagian orang-orang Islam dimedan peperangan telah engkar arahan yang diberikan oleh Rasulullah, apabila pasukan pemanah meninggalkan dari kedudukan nya.


.

[previous] [next] [home]

.
Rujukan sumber,

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan, 121~130,
[GS] https://sites.google.com/site/sitismartherbs/9/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8   

Sunday 3 July 2016

Surah Al-Baqarah (139~141)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 139~140:
Ringkasan tafsir;
Orang Yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa agama mereka lebih baik dari agama Islam. Ayat ini mengandungi suruhan kepada Nabi Muhammad supaya mencela kaum Yahudi dan Nasrani, “adakah kamu mengajak kami bertengkar, membangkang dan menghujah tentang agama ynag Allah perintahkan supaya dianuti, adakah patut kamu nyatakan semua agama yang terdahulu adalah agama Yahudi atau Nasrani sedangkan kamu tahu bahawa kitab yang dibawa oleh nabi terdahulu adalah agama Islam, dan kamu telah sembunyi perkara yang benar.
.
Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 141:
Ringkasan tafsir;
Dari ayat 1.2.134 yang lepas dan diulang sekali dalam ayat ini. Ayat ini diulangi dan ditujukan kepada kaum Yahudi dan Nasrani yang mula telah berani mengajak orang Islam berhujah dan mereka mengemukakan alasan yang dusta dan bohong sedangkan mereka tahu. Mereka gagal berhujah, kerana Quran mempunyai kekuatan hujah yang terus menerus hidup dapat dipergunakan untuk semua masa.   


[Previous] [Next]
.

Sumber, 
Terjemahan (1.2.131~140);  
[GS] https://t.co/1b8uMtHMzS
Terjemahan (1.2.141~150);  
[GS] https://t.co/pBN8UoQD0i
Ulasan (1.2);  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/118354364745819519509/posts/FR3hJVZapN1



.